Saturday, May 28, 2011

Hadith PH15


 

ERTINYA :-

Daripada Abu Hurairah .a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah Subhanahu Wataala tidak akan memberikan apa-apa ganjaran keatas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)"

Hadis Riwayat Bukhari

Dan dalam riwayat lain, juga daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.aw. bersabda : "Ada banyak orang yang berpuasa tetapu ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga".

Hadis Riawayat Ibnu Majjah, Ahmad dan Al-Baihaqi.

Hadith PH14


 

Hadith PH13


 

Hadith PH12

HINDARI DOA ORANG YANG KENA DHOLIM

Hadith PH11


 

Friday, May 27, 2011

Hadith PH10


 

ERTINYA :-


Daripada Ibnu Abbas dan Imran bin Hussain r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya : "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah dari kalangan orang-orang yang fakir, dan aku melihat ke dalam neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan."

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

KETERANGAN :-

di malam Isra' Mi'raj telah diperlihatkan kepada Nabi s.a.w. banyak perkara-perkara yang ghaib, termasuk diantaranya keadaan di syurga dan di neraka. Maka apabila Nabi masuk ke dalam syurga, beliau melihat kebanyakan penghuni syurga adalah dari kalangan orang-orang yang fakir, ini disebabkan sewaktu mereka berada di dunia dahulu banyak berpeluang untuk memperbanyakan amal ibadah. Lainlah halnya dengan orang kaya yang banyak disibukkan dengan menghimpun harta dan disebukkan pula dengan menjaga harta yang telah ada. Mereka menghabiskan masa untuk mengejar dunia yang diangan-angankan, sehingga mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan.

Dan apabila Nabi s.a.w. melawat ke dalam neraka maka beliau melihat kebanyakan penghuninya adalah dari kalangan perempuan. Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami, tidak berterima kasih di atas pemberian suami dan tidak menjaga diri di saat suami tiada di rumah, tidak menutup aurat daripada orang yang bukan mahram dan ramai pula dari kalangan mereka yang keluar dari rumahnya dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan, memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi itu dicium oleh orang yang bukan mahramnya. Sedangkan ia menghadapi suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang berbau busuk. Inilah antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan perempuan yang akan masuk neraka. Maka peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Hadith PH9


ERTINYA :-

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata : “Adalah kami (pada suatu hari) bersama-sama dengan Rasullullah s.a.w., tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh dengan keras, lalu beliau bersabda : “Tahukah kamu suara apakah ini?”. Kami menjawab : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda : “Ini adalah suara sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, maka batu it uterus sahaja jatuh menuju ke dasar neraka dan baru pada sangat ini ia sampai pada dasarnya. Maka dari itu kamu mendengar suara jatuhnya.”

Hadith Riwayat Muslim.

KETERANGAN :-

Rasanya tidak pandaikita menghitung berapakah dalamnya jurang api neraka yang ditempuh oleh kecepatan perjalanan batu besar yang jatuh dan memakan masa tujuh puluh tahun lamanya. Dan yang lebih mengerikan lagi apabila jurang yang teramat dalam ini akan dipenuhi oleh bermacam-macam siksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu neraka ini akan ditutup serapat-rapatnya dan tidak ada seorang juga pun diantara penghuninya yang dibenarkan keluar daripadanya. Siksaan demi siksaan, habis satu jenis siksaan masuk pula pada jenis siksaan yang lain dan begitulah seterusnya dengan tiada kesudahan...

Hadith PH8


 

ERTINYA;-

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda : “Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Ala mini (pada hari kiamat nanti), sehingga salah seorang diantara mereka ada yang akan tenggelam didalam peluhnya sendiri sampai kepertengahn telinganya”.

Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim.

KETERANGAN ;-

Suasana pada hari kiamat adalah bersangatan panas, iaitu ketika orang ramai semua dibangkitkan daripada kubur untuk menghadap Allah Subhanahu Wataala. Mereka semua berkumpul di Padang Mahsyar untuk dihisab dan diperhitungkan segala amal perbuatan.

Maka keadaan orang ramai pada masa itu berbeza-beza, mengikut keadaan amal perbuatan masing-masing. Ada yang berkeringat (berpeluh) sampai kedua tumitnya dan ada yang sampai di kedua lututnya dan ada yang sampai kepinggangnya bahkan ada yang peluhnya sampai di kedua telinganya sehingga ia terpaksa berenang dalam lautan peluh. Masing-masing mengikut hitungan perbuatan ketika di dunia dahulu.

Walaupun demikian, di sana ada pula tujuh golongan yang akan dinaungi Allah Subhanahu Wataala di bawah naungan Arsy yang mulia. Mereka ialah; pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadah, lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, orang yang mencintai sahabatnya kerana Allah Subhanahu Wataala, lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang cantik untuk berzina lalu ia menolak godaan itu, orang yang menyembunyikan sedekahnya dan yang terakir sekali seseorang yang mengingati Allah Subhanahu Wataala dalam keadaan bersendirian lalu mencucurkan air matanya kerana takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertuah ini.

Hadith PH7


 
ERTINYA;-

Daripada ‘Adi bin Hatim r.a. berkata : Rasullullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada seorang jua pun diantara manusia ini kecuali (pada hari kiamat nanti) akan dipercakapi oleh Allah Subhanhu Wata’ala (dihadapkan ke Mahkamah Allah Subhanhu Wata’ala). Maka waktu itu tidak ada orang lain yang sanggup menjadi juru bicara (peguam) antara keduanya. Lalu orang yang dipercakapi oleh Allah Subhanhu Wata’ala akan melihat ke sebelah kanannya, maka ia tidak melihat melainkan hanya pahala kebaikan yang pernah ia lakukan ketika berada didunia dahulu. Dan apabila ia cuba melihat ke sebelah kiri, maka ia tidak melihat kecuali hanya balasan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya ketika berada didunia dahulu. Kemudian apabila ia melihat ke hadapan maka ia tidak melihat kecuali hanya api neraka. Maka tanamkanlah rasa takut terhadap api neraka (jauhi siksaannya) walaupun seandainya kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah kurma sahaja.”

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

KETERANGAN:-

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya suasana di mahkamah Allah Subhanhu Wata’ala pada hari kiamat nanti. Semua orang akan dihadapkan kepada Allah Subhanhu Wata’ala, seorang demi seorang, tidak ada siapa pun yang sanggup menolong orang lain, walaupun ia adalah sahabat karib atau anak dan isterinya. Sebatang tubuh kasar yang kerdil ini akan berdiri tegak dihadapan Allah Qodhi Robbul Jalil, yang mengetahui segala perbuatan hambaNya dan mengetahui segala rahsianya. Mampukah kita mengangkat muja yang berlumuran dengan dosa ini dihadapan mahkamah Allah Subhanhu Wata’ala? Tiada pembantu, tiada peguam. Bila kita menoleh kekanan, seakan-akan mahu meminta pertolongan, maka tiada ternampak kecuali hanya amalan kebaikan, dan apabila kita menoleh kekiri maka tiada yang ternampak kecuali hanya balasan maksiat yang pernah kita lakukan, dan yang terlebih dahsyat lagi apabila kita cuba mengangkat kepala, maka tidak ada yang ternampak kecuali hanya kemarakan api neraka yang terbentang sejauh mata memandang dan syurga masih jauh di sana disebalik api yang menyala dengan garangnya. Kita mesti melalui dan melintasi bahagian atas api neraka untuk sampai ke negeri syurga yang menjadi idaman selama ini. Kita belum pasti lagi; apakah kita akan selamat menyeberang ke sana ataukah kita akan terjatuh ditengah perjalanan, dimana kaki kita akan tergelincir dari titian Sirotolmustaqim yang mengakibatkan kita terjatuh ke jurang api neraka jahanam. Na’uzubilahi minzalik.

Maka dari sekarang, marilah kita tentukan arah perjalanan hidup kita di dunia ini, marilah membuat bekalan supaya dapat sampai dengan selamat dalam perjalanan menyeberang ke negeri syurga, marilah kita membuat kebikan sebanyak mungkin, sedikit demi sedikit akhirnya menjadi bukit, sesungguhnya pada hari itu kita sangat berhajat kepada pahala kebaikan, walaupun hanya sekedar pahala sedekah sebelah buah kurma sahaja.

Hadith PH6


 

ERTINYA :-

Daripada Aisyah r.ha berkata : "Aku melihat Rasullullah s.a.w. sedang menghadapi sakratul maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air. Kemudian beliau memasukkan tangannya ke dalam mangkuk itu lalu menyapu mukanya dengan air sambil berdoa : "Ya Allah! Berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakratulmaut."
Hadith Riwayat Termizi


KETERANGAN :-

Cuba kita bayangkan, Rasullullah s,a,w yang merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wataala dan makhluk yang dicintai oleh Allah Subhanahu Wataala serta Penghulu segala Rasul, terpaksa meminta pertolongan daripada Allah Subhanahu Wataala dalam menghadapi sakratulmaut, maka betapa pula kita yang hanya salah seorang diantara umatnya yang dhoif lagi banyak membuat dosa dan kesalahan, baik terhadap Allah Subhanahu Wataala mahupun terhadap manusia.

Kalau ada sedikit luka dibadan, sudah terlalu sakit kita menanggungnya, maka bagaimana pula pedihnya ketika nyawa hendak diceriakan dari badan. Oleh kerana itu marilah kita membuat bekalan yang banyak dan persiapan yang lengkap untuk menghadapi sakratulmaut yang amat pedih itu.

Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah Subhanahu Wataala agar kita dikurniakan "Husnul Khotimah", iaitu mati dalam keadaan beriman dan dapat menuturkan kalimat "Lailaha illallah", di akhir hayat dan kita berlindung dengan Allah Subhanahu Wataala daripada mati dalam keadaan "Su'ul khotimah" atau mati dalam keadaan berlumuran dengan dosa dan kesalahan.

Hadith PH5


 

ERTINYA :-

Daripada Abi Hurairah r.a., bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda : "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?." Sahabat menjawab; "Orang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta". Lalu Nabi s.a.w. bersabda : "Sebenarnya orang yang muflis dikalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, tetapi dahulunya (sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si polan, menuduh si polan, emakan harta si polan, menumpahkan darah si polan dan pernah memukul si polan. maka akan diberikan kepada orang terinaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah terinaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya, sedangkan bebanan dosa penginayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang terinaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka".

Hadith Riwayat Muslim

KETERANGAN :-

Kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Oleh itu hendaklah selalu meminta ampun kepada Allah Subhanahu Wataala dan meminta maaf kepada orang yang terinaya daripada perbuatan kita. Kita hendaklah minta halal daripadanya ketika kita masih ada di dalam dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf daripada orang yang berkenaan. Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta benda yang ada, kerana kita takut jadi terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang terinaya dari perbuatan kita. Maka terpaksa kita berhadapan dengan orang berkenaan di mahkamah Robbul Halil, iaitu di Padang mahsyar nanti. Di kala itu, tiada seorang juga pun yang mahu menerima harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran yang berupa pahala ibadat yang telah kita lakukan di dunia dahulu, yang mana pada waktu itu kita pun sangat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Baiklah kalau pahala yanga da mencukupi untuk menebus dosa, kalau tidak cukup maka terpaksa kita menanggung bebanan dosa mereka yang akan menjerumuskan ke dalam lubang api neraka. Nauzubillahi minzalik.

Hadith PH4


MERAMPAS SEBILAH KAYU MISWAK SUDAH BOLEH MEMBAWA PADAH



ERTINYA :-

Daripada Abu Amamah Iyas bin Sa’labah AlHarisi r.a., bahawasanya Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah Subhanahu Wata’ala telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya.”

Kemudian ada seorang lelaki bertanya : “Kalau hanya barang yang sangat sedikit ya Rasullullah? Nabi s.a.w. menjawab; “walaupun hanya setangkai dua kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak).”

Hadith Riwayat Muslim.

Dalam sebuah hadith yang lain riwayat daripada Umar r.a. beliau berkata : “Setelah selesai peperangan khaibar ada segolongan sahabat Rasullullah s.a.w. yang datang menghadap beliau kemudian mereka berkata : “Sipolan itu mati syahid dan si polan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang lelaki lalu mereka berkata : “Si polan itu juga mati syahid”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda : : “Tidak, sama sekali tidak. Polan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selindang atau (syak perawi hadith) sehelai baju kurung daripada harta rampasan.”

Hadith Riwayat Muslim

KETERANGAN;-

Islam melarang siapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut. Islam sangat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia segera menyerahkannya kembali kepada pemiliknya walaupun benda itu hanya sedikit sahaja. Seseorang boleh dimasukkan ke dalam api neraka akibat dari mengambil sebatang kayu miswak sahaja, iaitu apabila ia menganggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan punya barang tersebut.

Oleh itu hendaklah kita berhati-hati kalau kita bermuamalah dengan orang lain, dan hendaklah kita menjauhi harta-harta yang haram dan jangan melakukan sebarang kezaliman terhadap hak milik orang lain kerana yang demikian itu boleh membawa kebinasaan yang sangat besar sekali.

Kemudian masalah menggelapkan harta sesuatu kumpulan, jemaah, pertubuhan atau Negara yang diistilahkan pada masa sekarang ini dengan perkatan “koropsi” adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang tersangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya seharga selembar baju sahaja. Hadith di atas merupakan suatu amaran yang keras sekali dan peringatan yang tegas agar seseorang jangan berbuat khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan ke atasnya. Tindakan keras itu akan diambil sekalipun ke atas seseorang yang telah gugur dimedan perang dengan badan berlumuran darah, ia telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pekerja atau pegawai biasa yang tidaklah begitu bermakna bagi perkhidmatan atau pengorbanan yang diberikannya.

Hadith PH3


SERINGAN-RINGAN SIKSAAN DINERAKA



ERTINYA:-

Daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata : Aku mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya siksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan dibawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada dikepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, pada hal dialah orang yang paling ringan siksaannya.”

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

KETERANGAN :-

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya siksaan yang paling ringan di neraka, dengan bahang kedua bara api yang diletakkan dibawah tapak kaki sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, maka betapa punya kalau siksaan yang lebih berat lagi. Rasanya tiada seorang pun yang mampu untuk berdiri diatas bara api yang panas yang boleh menggelegakan otak yang ada dikepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja dengan api didunia ini, kita sudah menjerit kepanasan dan kita tidak akan mampu menahannya walaupun hanya dalam masa sehari atau seminggu sahaja, cuba bayangkan betapa pedihnya siksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas disamping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

Orang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ini ialah bapa saudara Nabi s.a.w. yang bernama Abu Tholib, kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kafir namun segala jasanya dalam mengasuh Rasullullah s.a.w. sewaktu Baginda masih kecil dan dengan pembelaan terhadap Baginda setelah diangkat menjadi Rasul, semuanya ini menyebabkan Abu Tholib mendapat sedikit keringanan bila dibanding dengan orang-orang kafir yang lain.

Hadith PH2


SIAPA TEMAN SETIA

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda : “Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa keperkuburan, iaitu; keluarganya, hartanya, dan amalannya, dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan hartanya akan kembali, sedangkan amalannya akan tetap setia bersamanya.”

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

KETERANGAN :-

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk diliang kubur. Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita dikesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas lubang kubur kita. Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa. Semuanya akan kita tinggal untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan kemana dibelanjakan. Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi negeri akhiratnya dan bersabda menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbuni harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan, namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh itu perbanyakkanlah berbuat kebajikan, tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah dan suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.

Hadith PH1

EMPAT PERTANYAAN YANG MESTI DIJAWAB



ERTINYA;-

Daripada Abi Barzah Nadhlah bin Ubaidil Aslami r.a. berkata; Bersabda Rasullullah s.a.w. belum berganjak lagi kedua-dua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah Subhanahu Wataala pada hari kiamat), sehingga lebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya).

Hadith Riwayat Termizi

KETERANGAN;-

Rasanya susah sekali pertanyaan di atas untuk dijawab. Namun pada hari itu segala pertanyaan ini mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. Kita pasti akan berkata benar pada waktu itu. Tiada seorang pun yang berani berdusta dihadapan Allah Subhanahu Wataala. Jikalau mulut cuba berdusta, maka Allah Subhanahu Wataala akan menguncinya dan mempersilakan anggota badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki, tangan dan seluruh anggota badan akan bercakap dengan benar untuk mengakui segala apa pernah dilakukkannya sewaktu di dunia dahulu, seperti firman Allah dalam Surah Yassin, Ayat 65 yang berbunyi;

Maksudnya;

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan bercakaplah kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan.”

Surah Yassin, Ayat 65

Maka sudahkah kita bermuhasabah, sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan di hadapan Allah Subhanahu Wataala kelak. Kalau sudah teruskan dan bersyukurlah, kalau belum berbuatlah demikian sebelum terlambat.

PENAWAR HATI

MUQADDIMAH

Hati manusia adalah tempat pandangan Allah Subhanahu Wataala. Ia merupakan tapak semaian iman, tempat bertunas dan bercambahnya keseluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah tertanam di dalam hati.

Hati manusia adalah tempat yang dipilih oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai wadah atau pun bekas kepada fitrah, aqal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari adalah sentiasa jujur dan benar walaupun terkadang mulut berbohong dan tangan pandai mengambil sesuatu yang haram.

Hati manusia pula adalah raja bagi seluruh anggota badan. Ia merupakan sumber pergerakan dan tindakan. Apabila hati itu baik maka akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak akan rosaklah seluruh anggota badan, seperti apa yang telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang berbunyi ;-

Ertinya :



Perhatikan! Sesungguhnya di dalam badan seseorang itu ada seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah! Itulah yang dinamakan hati”.

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Maka hati yang baik akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan dan sebaliknya hati yang rosak akan menyuruh anggota badannya berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Pada mulanya, hati setiap insan adalah baik. Hati seseorang telah diciptakan oleh Allah Subhanahu Wataala menerusi fitrah manusia yang semula jadi yang meminati dan mencintai setiap yang baik dan membenci setiap yang tidak baik. Maka atas dasar nilah diletakkan hukum taklif ataupun hukum-hukum syara’ kepada seseorang, seterusnya lalu Allah Subhanahu Wataala menyempurnakan pemberianNya kepada insan dengan mengutuskan para Rasul yang membimbing manusia ke jalan kebenaran dan juga Allah Subhanahu Wataala menurunkan kitab-kitab untuk menjadi pegangan hidup yang dapat menjamin kebahgiaan mereka akhirat nanti. Maka apabila manusia mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh para Rasul dan berpegang teguh dengan kitab yang diturunkan, mereka akan dapat memperolehi pertunjuk yang akan membawa mereka untuk mencapai keredhoan Allah Subhanahu Wataala dan terhindar daripada jalan kesesatan yang dimurkaiNya.

Tetapi manusia ini ada mempunyai musuh yang sangat pandai dan sangat mendendam kepadanya, iaitu iblis yang telah bersumpah di hadapan Allah Subhanahu Wataala untuk menyesatkannya. Iblis selalu mengkuda hati manusia. Ia berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada dihati manusia dengan balutan daripada hawa nafsu, syahwat dan berbagai lapisan lagi, iblis tidak akan berputus asa dari menjadi matlamat yang telah disumpahkannya di hadapan Allah Subhanahu Wataala itu. Ia akan berbuat segala sesuatu yang dapat memesongkan manusia daripada beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala yang merupakan matlamat hidupnya yang sebenar. Maka apabila iblis masuk ke dalam hati seseorang, ia akan membisikkan suatu kesenangan atau kebahgiaan dunia ini, lalu ia mendorongnya untuk merebut peluang yang ada, sedia ada dihati manusia sebagai kesempurnaan fitrahNya. Seterusnya apabila hati seseorang telah tergoda dan matanya telah tertutup dengan bayarangan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itulah manusia akan melupakan Tuhannya sehingga ia berani berbuat maksiat yang mengakibatkan satu titik hitam telah tumbuh dilembaran suci fitrah yang ada di dalam hati.

Selanjutnya, apabila keadaan ini dibiarkan, kotoran yang mendap dihati tidak dibersihkan, titik hitam yang mengotori lembaran fitrah itu tidak dicuci dengan air taubat, maka lembaran hati yang terguris dengan titik hitam itu akan bertambah hitam, sehingga maksiat demia maksiat yang dilakukan yang menyebabkan kekotoran yang sangat teruk di dalam hati yang memudahkan bagi iblis untuk menguasainya. Maka apabila hati sudah ditawan oleh iblis, hati akan kurang membenci kemaksiatan bahkan terkadang merasa seronok berbuat maksiat dan akhirnya sampai ke peringkat ia merasa bangga dan bermacam-macam maksiat yang dilakukannya. Hati yang sudah sampai ke peringkat ini bermakna ia sudah terlalu sakit dan sangat susah untuk diubati. Lembaran putih fitrah telah menjadi hitam legam dan sudah terlalu susah untuk diersihkan. Hati yang seperti inilah yang dinamakan hati yang keras, hati yang tidak sensitive dengan dosa walaupun sebenarnya ia melakukan dosa yang besar, apakan lagi kalau hanya dosa yang kecil-kecil. Hati yang telah tertutup dengan selaput hawa nafsu, syahwat dan berbagai lapisan lagi, sehingga ia susah menerima nasihat dan teguran orang lain.

Mudah-mudahan 40 Hadith Penawar Hati yang dihimpunkan di sini akan menjadi PENAWAR kepada hati kita, yang mana hati kita sentiasa memerlukan kepada Penawar dan rawatan yang berterusan dari semasa ke semasa. Amin.

Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Salam hormat dari
 
Ghazali Jilin
Lamborian